SEHARI BERSAMA KBT -PERMOHONAN MENJADI AHLI-

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia

1) Syarat untuk menjadi ahli Kelab Belia TAKTIK ialah
   a- Warganegara Malaysia
   b- Berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun
   c- Sanggup mematuhi peraturan atau perlembagaan kelab ini pada setiap masa

2) Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat dengan mengisi borang ahli  dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab Belia TAKTIK untuk dikemukakan kepada jawatankuasa kelab.

3) Jawatankuasa Kerja Kelab Belia TAKTIK boleh menolak mana-mana permohonan untuk menjadi ahli tanpa perlu memberi sebarang sebab dan keputusannya adalah muktamad

4) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan yang pertama

Seseorang pelajar universiti atau kolej tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan belia ini kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti atau Kolej Universiti yang berkenaan.

Sekian

'MANCAPAI MATLAMAT YANG SATU'

SEHARI BERSAMA KBT -LOGO/LAMBANG/BENDERA-

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia

Logo/lambang pertubuhan belia ini ialah bermaksud mencapai satu matlamat iaitu menjadikan Malaysia membina insan Belia yang berguna dan mempunyai sikap yang berwawasan. Warna pada logo pula bermaksud;

Kuning melambangkan kedaulatan dan kesetian kepada Raja dan Negara
Merah melambangkan semangat setiap Belia
Biru melambangkan satu perpaduan yang kukuh dan gagasan 1 Malaysia
Putih melambangkan budi pekerti pada setiap Belia

Sekian

'MENCAPAI MATLAMAT YANG SATU'

SEHARI BERSAMA KBT -TUJUAN PENUBUHAN-

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia

Tujuan penubuhan Kelab Belia Taktik Malaysia

i- Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli
ii- Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian, dan lain-lain
iii- Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program komuniti setempat
iv- Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan
v- Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia
vi- Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan

Sekian

'MENCAPAI MATLAMAT YANG SATU'

SEHARI BERSAMA KBT -SEJARAH PENUBUHAN-

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia

MINTA PERHATIAN !
PENGUMUMAN !
*drum please..

Kelab Belia TAKTIK dengan bangganya ingin mempersembahkan satu segmen yang memberi input yang berguna kepada semua ahli kelab juga khususnya kepada semua blogger untuk mengenali kelab dengan lebih mendalam. Segmen ini dinamakan 'SEHARI BERSAMA KBT'. Segmen ini akan mempamerkan latar belakang kelab seperti sejarah penubuhan dan maklumat-maklumat yang perlu anda tahu tentang KBT. Kami berharap agar segmen ini mampu memberikan anda pengetahuan dengan lebih mendalam tentang Kelab Belia TAKTIK Malaysia.

-SEJARAH PENUBUHAN-

Sejarah Penubuhan KBT. Pada asalnya persatuan ini adalah persatuan kaki anime, kaki komik dan kaki segala kaki. Bermula pada tahun 2008 persatuan ini dinamakan Chiyu Club, Chiyu adalah See You. Kelab Jumpa Lagi, pelikkan namanya? hahaha Kelab ini tahap Antarabangsa sebab dekat Jepun ada, kami Cawangan di Malaysia... awal 2009 kami bercadang menjadikan ia sebuah persatuan berdaftar, tetapi hal sebenarnya 100% tidak disokong langsung oleh ahli Chiyu Club, mereka membantah sebab ia sepatutnya kelab kaki anime. Tapi dengan rasa bongkak dan tamak En Jamal membuang semua ahli-ahlinya, kemudian masing-masing buat hal sendiri. Pada tahun 2009 beliau mendapat idea sejak mengikuti program Rakan Muda dan Belia. Julai 2009 kami berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan, dan nama TAKTIK diambil sempena nama sebuah raket badminton jenama TACTICS. :)


Sekian


MENCAPAI MATLAMAT YANG SATU

KELAB BELIA TAKTIK MALAYSIA

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulilah ! setelah bertukus-lumus hampir 2 minggu akhirnya blog Kelab Belia Taktik (KBT) telah berjaya dibangunkan. Blog ini bakal mempamerkan sejarah penubuhan kelab, beberapa biodata kelab, aktiviti-aktiviti kelab juga rakan muda yang memberi impak dengan anda untuk menjelajah dunia KBT dengan lebih mendalam. Kami akan menceritakan segala pengalaman yang manis mahupun pahit bukan sebagai tatapan untuk dibaca sahaja malah untuk memberi pengajaran dan iktibar untuk kita sebagai belia Malaysia lebih maju dan berdaya saing. Tidak mahu menceloteh panjang, kami cuma berharap agar Kelab Belia Taktik dikenali diserata pelusuk dunia. Isnyalah

"MENCAPAI MATLAMAT YANG SATU"