Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia
1) Syarat untuk menjadi ahli Kelab Belia TAKTIK ialah
a- Warganegara Malaysia
b- Berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun
c- Sanggup mematuhi peraturan atau perlembagaan kelab ini pada setiap masa
2) Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat dengan mengisi borang ahli dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab Belia TAKTIK untuk dikemukakan kepada jawatankuasa kelab.
3) Jawatankuasa Kerja Kelab Belia TAKTIK boleh menolak mana-mana permohonan untuk menjadi ahli tanpa perlu memberi sebarang sebab dan keputusannya adalah muktamad
4) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan yang pertama
Seseorang pelajar universiti atau kolej tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan belia ini kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti atau Kolej Universiti yang berkenaan.
Sekian
'MANCAPAI MATLAMAT YANG SATU'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









No comments:
Post a Comment